SYARAT-SYARAT PENYEWAAN AUDITORIUM/DEWAN RAJA LUMU DI MUZIUM SULTANN ALAM SHAH
SHAH ALAM
|
- Semua tempahan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang
Tempahan ini tidak lewat 14 hari dari tarikh
penggunaan untuk mendapat kelulusan dari Pengarah Lembaga Muzium
Selangor.
|
- Kadar bayaran adalah untuk kendalian sehari dari jam 8.00 pagi hingga 6.00
petang. Selepas waktu tersebut sebanyak 10% dikenakan bagi setiap jam
berikutnya.
|
- Bayaran tempahan/cagaran sebanyak RM100.00 tunai hendaklah dijelaskan setelah tempahan tersebut diluluskan
sepertimana dalam peraturan 8 terma ini.
Pihak Lembaga Muzium Selangor akan menghubungi pengguna bagi
mengembalikan wang cagaran dalam tempoh 14 hari selepas penggunaan jika
sekiranya tiada apa-apa kerosakan atau lain-lain tuntutan. Sekiranya pengguna
membatalkan tempahan, wang cagaran tidak akan kembalikan.
|
- Jabatan-jabatan Kerajaan yang menggunakan Pesanan Tempatan (LO)
hendaklah menyerahkan LO apabila membuat pengesahan tempahan dan
bayaran hendaklah dibuat sebelum tarikh penggunaan. Bayaran penuh sewa
dewan/auditorium hendaklah dijelaskan 7 hari sebelum digunakan atau semasa
tempahan.
|
- Sebarang perkhidmatan tambahan yang diperlukan, pihak pengurusan boleh
mengenakan bayaran atas perkhidmatan yang diberikan pada kadar yang
ditetapkan.
|
- Permintaan terhadap tambahan disaat-saat terakhir tidak akan dilayan.
|
- Bayaran sewa Auditorium/Dewan hendaklah dibuat dengan cek berpalang atas
nama LEMBAGA MUZIUM SELANGOR. No. Akauan 1217-0009371-05-9,
Bank Bumiputera Commerce, Cawangan MRCB Shah Alam.
|
- Pihak pengguna bertanggungjawab di atas keselamatan kawalan, kebersihan,
tatatertib pengguna dan segala peraturan serta arahan dipatuhi dengan
sepenuhnya.
|
- Pihak Lembaga tidak menyediakan perhiasan pentas, penyusunan kerusi meja
dan alas meja. Pengguna hendaklah menyusun kerusi meja sendiri mengikut
keperluan.
|
- Pihak Lembaga tidak akan bertanggungjawab atas segala kemalangan/kematian
atau kehilangan hartabenda pihak pengguna. Segala tuntutan tidak akan dilayan.
|
- Segala kerosakan dan kehilangan hartabenda Muzium akibat kecuaian
pengguna akan dituntut oleh Lembaga dan hendaklah ditanggung oleh pihak
pengguna itu sendiri.
|
- Sebarang tambahan kemudahan dan alat-alat yang diperlukan oleh pihak
pengguna hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan muzium dan
diuruskan sendiri oleh pihak pengguna.
|
- Pengguna dimestikan berpakaian kemas dan menunjukkan tingkah laku sopan
semasa berada di dalam dewan/auditorium.
|
- Dilarang membawa makanan/minuman di dalam auditorium.
|
- Dilarang merokok didalam auditorium/dewan.
|
- Pengguna tidak dibenarkan memasuki kawasan lain selain dari yang telah
ditetapkan untuk kegunaan (kecuali galeri pameran).
|
- Pendawaian elektrik tambahan tidak dibenarkan sama sekali sebelum mendapat
kelulusan Lembaga.
|
- Dilarang berniaga di dalam ataupun di luar kawasan auditorium/dewan.
|
- Persiapan terakhir hendaklah dibuat oleh pihak pengguna sehari sebelum tarikh
penggunaan. Pihak Muzium hendaklah diberitahu jika ada bantuan yang
diperlukan.
|
- Segala aktiviti yang dijalankan hendaklah tidak melanggar undang-undang
negara. Pihak pengurusan berhak membuat apa-apa pindaan dan boleh
membatalkan sebarang tempahan bila-bila masa tanpa merujuk pihak pengguna.
|
- Pihak pengguna perlu memaklumkan kepada pihak keselamatan Muzium untuk
membuat pemeriksaan keselamatan dan kebersihan bersama sebelum
meninggalkan auditorium/dewan.
|
- Segala keputusan Lembaga di atas segala masalah yang mungkin
timbul/berbangkit dengan pengguna adalah muktamad.
|